Koleksi Penerbitan JAKIM
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul" [Surah al-Baqarah 186]
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu thoyyib (baik). Allah tidak akan menerima sesuatu melainkan dari yang thoyyib (halal lagi baik)..." (HR Muslim)
“Barangsiapa makan makanan halal selama 40 hari, maka doanya akan mudah dimakbulkan”.
“Dengan sikap warak (hati-hati) terhadap larangan Allah (perkara yang diharamkan Allah), DIA akan mudah mengabulkan doa dan memperkenankan tasbih (zikir subhanallah)"
“Amalan soleh akan memudahkan tersampainya (terkabulnya) doa. Lalu beliau membaca firman Allah swt: "Kepada Allahlah naiknya segala perkataan yang baik, dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya)" [Surah Fathir 10]
“Janganlah engkau memperlambat terkabulnya doa dengan engkau menempuh jalan maksiat” (Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam)
"...Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan" [Surah al-Mujadilah 11]
“Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.” (HR Muslim)
“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan (seperti mengajar ilmu) maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya” (HR Muslim)
????????????? ???????? ??????? ?????? ??? ????????? ????????? ???????? ????? ???????????? ?????????? ?????????????? ???????? ?????? ??????? ????????*?
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" [Surah al-Baqarah 168]
"Barangsiapa yang memelihara dirinya daripada sebarang syubhah maka sebenarnya dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
“Siapa yang dagingnya tumbuh dari pekerjaan yang tidak halal, maka neraka layak untuknya” (HR Ibnu Hibban dan al-Hakim)
“Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana seseorang tidak peduli apa yang dia ambil, apakah dari hasil yang halal atau yang haram.” (HR al-Bukhari)
“Ya Allah, limpahkanlah kecukupan kepada kami dengan rezekiMu yang halal daripada memakan harta yang Engkau haramkan, dan cukupkanlah kami dengan kemurahanMu dari mengharapkan huluran tangan selainMu.” (HR at-Tirmizi dan Ahmad)
???????????? ??????? ?????????????? ??????????????? ??? ???????? ???????? ???????????????? ???????????????? ???????????? ??????????"Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud" [Surah al-Baqarah 125]
"Adalah baginda saw beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehinggalah baginda wafat. Kemudian para isteri baginda turut beriktikaf selepas kewafatan baginda" (HR Muslim)
"...Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah)" [Surah al-Qasas 77]
1. Adakah lidah dan tangan kita masih aktif mengumpat, menipu dan mencela atau sudah berhenti?
2. Sudah berapa banyak sedekah yang telah kita keluarkan. Adakah setiap hari atau belum mula lagi?
3. Sudah berapa juzuk al-Quran yang di baca. Adakah sudah khatam? Sudah berapa ayat kita tadabbur dan amalkan?
4. Sudah berapa ramai orang yang berbuka puasa ditaja oleh kita?
5. Sudah cukupkah istighfar, selawat, zikir dan munajat kita kepada Allah?
6. Taubat kita, bagaimana? Cukupkah 100x sehari?
7. Bagaimana malam Ramadhan kita? Adakah diisi dengan solat dan ibadah malam atau habis dengan menonton tv, bermedia sosial atau tidur sepanjang malam?
8. Berapa banyak fakir miskin, ibu tunggal, orang sakit yang kita santuni dan gembirakan dengan bantuan?
9. Sudahkah kita menyelesaikan pembayaran zakat harta dan zakat fitrah?
10. Adakah kita terlibat dengan majlis ilmu secara atas talian (online) di saat ini. Atau sibuk melayari youtube dengan pelbagai filem-filem dan drama?
11. Bagaimana solat fardhu berjemaah bersama ahli keluarga? Istiqamahkah? Atau hanya dilakukan sendirian tanpa berjemaah?
12. Bagaimana bakti kita terhadap ibubapa kita yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia? Bertanya khabar atau tidak? Berapa banyak yang kita telah infaq dan wakaf atas nama mereka sedangkan dahulunya mereka berhabis duit, tenaga dan masa dalam membesarkan dan menjadikan kita insan berguna?
"Maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan Rabbnya maka hendaklah dia mengerjakan amal soleh (kebajikan) dan janganlah dia menyekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Rabbnya" [Surah al-Kahfi 110]
"Semua umatku akan masuk syurga kecuali mereka yang enggan (tidak mahu masuk syurga). Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Siapakah yang enggan itu?” Baginda saw menjawab: “Barangsiapa yang mentaatiku nescaya ia akan masuk syurga, dan siapa yang bermaksiat (menderhaka) kepadaku maka dia enggan (syurga)" (HR al-Bukhari)
"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan" [Surah al-Baqarah 110]
“Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya nescaya ia akan selamat dari akibat buruk harta (atau akan hilang sifat jahat dari dirinya)”. (lihat al-Fiqhul Wadhih)
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya” [Surah al-Isra’ 23]
“Ketika tinggal bersama an-Najdat, saya melakukan perbuatan dosa yang saya anggap termasuk dosa besar. Kemudian saya ceritakan hal itu kepada Sayidina Abdullah bin Umar r.a. Beliau lalu bertanya: "Perbuatan apa yang telah engkau lakukan?”. ”Saya pun menceritakan perbuatan itu.” Beliau menjawab: “Hal itu tidaklah termasuk dosa besar. Dosa besar itu ada sembilan, iaitu mempersekutukan Allah, membunuh orang, lari dari medan pertempuran, memfitnah seorang wanita mukminah (dengan tuduhan berzina), memakan riba, memakan harta anak yatim, berbuat maksiat di dalam masjid, menghina, dan menyebabkan tangisnya kedua orang tua kerana derhaka kepada keduanya.” Ibnu Umar r.a lalu bertanya: “Apakah engkau takut masuk neraka dan ingin masuk syurga?”. ”Ya, saya ingin”, jawabku. Beliau bertanya: “Apakah kedua orang tuamu masih hidup?” “Saya masih memiliki seorang ibu”, jawabku. Beliau berkata: “Demi Allah, sekiranya engkau berlemah lembut dalam bertutur kepadanya dan memasakkan makanan baginya, sungguh engkau akan masuk syurga selama engkau menjauhi dosa-dosa besar.” (HR al-Bukhari)
?????????????? ?????? ??????????? ???? ???? ?????????? ????? ?????? ?????????????????? ???????????????? ??????????????? ???????????????? ??????? ??????????? ????? ??????????? ???? ?????? ??????? ??????? ????? ???????
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)" [Surah al-Baqarah 215]
Di antara perkara yang dianjurkan oleh Islam dan menjadi amalan golongan salafussoleh ialah menyantuni dan menggembirakan golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, orang sakit dan orang tua yang uzur. Bagi sesiapa yang tidak memiliki kepekaan sosial dengan mengabaikan golongan fakir miskin, anak yatim, orang susah, mereka disebut Allah sebagai pendusta agama. (Rujuk Surah al-Ma'un).
Sabda Nabi saw: "Orang yang berusaha membiayai para janda dan orang-orang miskin laksana orang yang berjuang di jalan Allah". Al-Qa’nabi iaitu gurunya Imam Bukhari dan Muslim berkata, iaitu seperti (ganjaran) orang yang solat malam yang tidak pernah merasakan penat, dan yang berpuasa yang tidak pernah berhenti berpuasa.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Berkata Imam Ibnu Baththal: "Hadis ini jadi dalil bahawa sesiapa yang tidak dapat berjihad di jalan Allah, tidak dapat solat malam, tidak dapat berpuasa sunnah pada siang hari, maka hendaklah ia mengamalkan hadis ini, iaitu hendaklah ia bantu menafkahi para janda dan orang miskin, agar ia dapat dikumpulkan bersama para mujahid fi sabilillah pada hari kiamat".
Dikisahkan Imam Hasan al-Basri pernah mengutus sebahagian muridnya untuk membantu orang lain yang sedang dalam kesulitan. Beliau mengatakan pada murid-muridnya tersebut: “Hampirilah Tsabit al-Banani, bawa dia bersama kalian.” Ketika Tsabit didatangi, ia berkata, “Maaf, aku sedang iktikaf.” Murid-muridnya lantas kembali mendatangi Imam Hasan al-Basri, lantas mereka memberitahunya. Kemudian Imam Hasan al-Basri mengatakan: “Wahai A’masy, tahukah engkau bahawa bila engkau berjalan menolong saudaramu yang memerlukan pertolongan itu lebih baik daripada haji setelah haji?”. Lalu mereka pun kembali pada Tsabit dan berkata seperti itu. Tsabit pun meninggalkan iktikaf dan mengikuti murid-murid Imam Hasan al-Basri untuk memberikan pertolongan pada orang lain yang memerlukan". (Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam)
Kisah ini memahamkan kita bahawa membahagiakan orang lain dan melepaskan kesulitan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, orang sakit dan orang yang memerlukan lebih baik dari ibadah haji yang dilakukan berkali-kali (haji sunat). Dalam hadis riwayat at-Thabrani pula mengatakan lebih baik daripada iktikaf di Masjid Nabawi sebulan lamanya.
Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:
????????? ??? ?????? ????????? ??? ????? ????????? ??? ?????? ???????
“Allah sentiasa menolong hamba selama ia menolong saudaranya” (HR Muslim)
Rajinlah membuat orang lain bahagia dan bantulah kesusahan mereka selagi nyawa kita dikandung badan. Moga setelah bercerai nyawa kita dari badan nanti, Allah akan membahagiakan kita di alam sana (akhirat). Aamiiin.
"Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka" [Surah al-Nisa’ 102]
"Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat" (HR Muslim)
"Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran" (HR Ibnu Majah)
1. Dapat meraih ganjaran pahala secara berkumpulan.
2. Dapat berkumpul dalam susunan waktu yang tepat.
3. Dapat mengatur waktu solat di awal waktu.
4. Menambahkan keakraban dan kasih sayang.
5. Menghidupkan syiar Islam.
6. Menampakkan eratnya silaturrahim.
7. Mendidik ahli keluarga ilmu dan hukum hakam berkaitan solat.
8. Belajar cara mentaati pemimpin.
9. Menambahkan semangat untuk beribadah.
10. Salah satu cara dakwah kepada ahli keluarga.
11. Menghidupkan sunnah Nabi saw.
12. Mengikuti generasi awal Islam yang rajin solat secara berjemaah
Sabda Nabi saw:
"Solat seorang lelaki bersama lelaki yang lain lebih baik daripada solat secara bersendirian. Dan solatnya bersama dua orang lelaki lebih baik daripada solat bersama seorang lelaki. Dan lebih banyak itulah yang paling disukai oleh Allah swt" (HR Abu Daud)
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370