Timb Ketua Pengarah Dasar (TKPD)
TIMBALAN KETUA PENGARAH
(DASAR)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM bertanggungjawab membantu Ketua Pengarah berkaitan segala yang berkaitan dengan operasi jabatan seperti berikut:
Tanggungjawab dan Fungsi
Peranan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dalam pengurusan dan penyelarasan Sektor Operasi JAKIM
Merangka hala tuju dan dasar kemajuan hal ehwal Islam yang progresif di peringkat persekutuan dan antarabangsa;
Merancang penyelidikan yang komprehensif dalam bidang akidah, syariah, muamalat dan falak bagi memastikan masyarakat Islam mendapat panduan hukum yang selari dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
Merancang dan membangunkan Maqasid Syariah sebagai rangka strategik yang inklusif dalam tadbir urus Negara serta dibudayakan dalam sektor awam dan swasta;
Menetapkan hala tuju Halal Malaysia serta memastikan pematuhan standard dan piawaian berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan;
Merancang penyelarasan penguatkuasaan dan pendakwaan Undang-undang Syariah antara negeri-negeri seluruh Malaysia;
Mengetuai tugas keurussetiaan Majlis dan Acara Kebesaran Islam dan menyelaras kerjasama dalam bidang hal ehwal Islam di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa;
Merangka penyelarasan inter agensi di bawah kawal selia Jabatan.
Sektor Dasar JAKIM
Pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab ini menyokong kelancaran pengurusan serta operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 14
- Yesterday 26
- This Week 14
- This Month 314
- This Year 352