Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Pelan Strategik Jakim 2019 - 2025

Pelan Strategik JAKIM 2019-2025

Pelan Strategik JAKIM 2019-2025 ini digubal selaras dengan visi JAKIM untuk menjadi peneraju pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia. Semakan semula ini selaras dengan rasionalisasi JAKIM dan perubahan dasar-dasar perkhidmatan awam yang diputuskan oleh pihak-pihak berkepentingan atau pemegang taruh mengenai peningkatan kualiti pengurusan hal ehwal Islam.

1

Pelan Strategik ini diwujudkan bagi menetapkan hala tuju dan rangka kerja JAKIM seiring dengan matlamat negara untuk memantapkan imej dan kualiti perkhidmatan awam ke arah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara. Pelan strategik ini akan menjadikan JAKIM lebih efisien dan responsif dalam memberikan perkhidmatan kelas pertama dengan membudayakan konsep ketelusan, akauntabiliti dan integriti. Ia juga untuk memperkukuh fungsi dan peranan JAKIM seperti yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

2

Pelan strategik ini sangat penting sebagai panduan kepada seluruh warga JAKIM bagi melaksanakan agenda organisasi secara sistematik dan berkesan berdasarkan kepada strategi yang telah ditetapkan. Pelan ini juga menjadi rujukan kepada pihak-pihak berkepentingan dan pelanggan JAKIM.

3

Pelan ini mengandungi latar belakang jabatan dan hala tuju strategik bagi memberi gambaran secara menyeluruh mengenai perancangan strategik JAKIM untuk tempoh tujuh tahun akan datang.

✦

Bagi merealisasikan visi dan misi JAKIM, sebanyak tujuh teras strategik telah digariskan, iaitu:

✦

Tujuh Teras Strategik

1

Teras Strategik 1

Memperkasa Penyelarasan dan Penyeragaman Undang-Undang Islam ke Arah Pelaksanaan Syariat Yang Lebih Berhikmah

2

Teras Strategik 2

Memperkukuhkan Pentadbiran Islam Melalui Penyelidikan dan Pembangunan Dasar yang Lebih Progresif Berteraskan Maqasid Syariah

3

Teras Strategik 3

Membina Keperibadian Unggul Melalui Pemerkasaan Sistem Pendidikan Islam ke Arah Kesejahteraan Ummah

4

Teras Strategik 4

Memantapkan Kefahaman dan Penghayatan Islam Secara Inklusif bagi Melahirkan Masyarakat yang Berakhlak

5

Teras Strategik 5

Mengukuhkan Rangka Kerja dan Inisiatif Halal ke Arah Mengekalkan Malaysia Sebagai Peneraju Halal Global

6

Teras Strategik 6

Membudayakan Tadbir Urus Organisasi Berlandaskan Nilai Kesopanan, Keprihatinan dan Kepedulian ke Arah Merakyatkan Perkhidmatan Awam

7

Teras Strategik 7

Meningkatkan Keupayaan Sosioekonomi Umat Islam Menerusi Penyelarasan Polisi yang Komprehensif dan Inklusif

Image
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 14
  • Yesterday 26
  • This Week 14
  • This Month 314
  • This Year 352