Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Logo Korporat JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Logo Korporat

☪

Bulan dan Bintang

Ia merupakan ikon agama Islam.

✸
Warna kuning menyatakan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu menaungi dan menjaga hal ehwal agama Islam. Bintang 14 mewakili setiap negeri yang di Malaysia.
ا

Huruf Alif

✸
Jakim merupakan badan utama yang menerajui dalam membina ketamadunan ummah yang unggul di Malaysia dan dunia Islam.
✸
Huruf Alif juga merujuk kepada ajaran Islam sebagai Ad-Din dalam pentadbiran dan pengurusan Jakim yang profesional serta efisyen.
JAKIM

Perkataan JAKIM

✸
Bentuk tipografi 'JAKIM' adalah diambil daripada bentuk huruf yang tebal. Bentuk taip ini mempunyai unsur-unsur penegasan, cekap dan berkesan. Ini amat bertepatan dengan visi Jakim iaitu mewujudkan pengurusan hal ehwal Islam yang cekap dan berkesan.
✦

Konsep reka bentuk logo

Reka bentuk logo secara keseluruhannya melambangkan transformasi yang dibentuk oleh Jakim adalah seiring dengan visi, misi, moto, objektif dan fungsi jabatan ini sebagai peneraju dalam membina ketamadunan ummah yang unggul.

Konsep reka bentuk logo adalah berdasarkan reka bentuk struktur menara masjid yang diolah melalui tulisan khat kufi.

◆

Warna-warna logo

Makna dan identiti warna dalam logo JAKIM

Merah

Penggunaan warna merah menggambarkan semangat, kesediaan dan keupayaan Jakim dalam menuju transformasinya sebagai badan yang ulung dan unggul di negara ini.

Biru

Penggunaan warna biru menggambarkan terlatih, berketerampilan, dedikasi dan berhikmah warga Jakim dalam membangunkan modal insan ke arah mencapai misi, visi dan objektif jabatan.

Kuning

Penggunaan warna kuning membawa maksud kecemerlangan yang dicipta bersama-sama misi, visi dan objektif Jakim sebagai hala tuju jabatan.

Hitam

Penggunaan warna hitam membawa maksud Jakim sebagai peneraju dalam pembinaan ketamadunan ummah yang unggul di rantau ini.

Jabatan kemajuan islam malaysia atau Jakim adalah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia ditubuhkan untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam seiring dengan perkembangan dan pembangunan negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

✸
Transformasi yang dibentuk oleh Jakim adalah seiring dengan visi, misi, moto, objektif dan fungsi jabatan ini sebagai peneraju dalam membina ketamadunan ummah yang unggul.
✸
Berpandukan pada fungsi-fungsi serta misi, visi dan objektif Jakim, konsep logo Jakim harus memperlihatkan ciri-ciri tersebut serta berdasarkan kepada teras-teras ajaran Islam itu sendiri.
KONSEP PEMBANGUNAN LOGO

Justeru, hasil daripada penyelidikan secara simboliknya telah memilih konsep Menara Masjid dalam pembangunan Logo Jakim.

✦
Image
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 14
  • Yesterday 26
  • This Week 14
  • This Month 314
  • This Year 352