Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Perpustakaan Islam JAKIM

Perpustakaan Islam JAKIM merupakan pusat rujukan maklumat dan sumber ilmu untuk semua pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Perpustakaan ini mempunyai koleksi perpustakaan yang meliputi pelbagai kategori seperti buku, jurnal, majalah, majalah berjilid, kertas kerja, audio visual, laporan, kajian, keratan akhbar dan foto.

Sehingga kini, Perpustakaan Islam JAKIM mempunyai koleksi berjumlah melebihi 50,000 naskhah bahan berkaitan bidang Islam sama ada koleksi tempatan atau luar negara.

Seiring dengan perkembangan perpustakaan masa kini yang menuju ke era digital, Perpustakaan Islam JAKIM turut mengambil langkah untuk mengimplementasikan sistem perpustakaan bersepadu (KOHA) bagi menjalankan kerja-kerja perolehan, pengkatalogan, pengkelasan, perkhidmatan pencarian bahan dalam talian (OPAC), transaksi pinjaman dan pemulangan bahan perpustakaan.

Katalog Awam Dalam Talian (OPAC)

OPAC ISLAM merupakan katalog dalam talian berasaskan web yang digunakan bagi pencarian dan pengesanan bahan yang terdapat dalam koleksi Perpustakaan Islam JAKIM. Pengguna boleh mengakses dan membuat pencarian koleksi tersebut melalui judul, pengarang, subjek dan lain-lain.

Pencarian Koleksi Bahan Di OPAC Jakim Pada Masa Ini Terhad Kepada Akses Secara Dalaman Jakim Sahaja.

Image
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356