Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Webinar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Masjid

Putrajaya, 28 Disember 2021 - Telah berlangsung dengan jayanya Webinar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Masjid yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Haji Idris Bin Haji Ahmad Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama ) secara dalam talian.

Penganjuran webinar ini merupakan kerjasama antara pihak Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dua topik utama dibentangkan sepanjang webinar ini berlangsung. Webinar dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Senator Tuan Haji Idris Bin Haji Ahmad Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama ). Seterusnya, webinar diteruskan dengan pembentangan berkaitan Keselamatan Dan Kesihatan Di Masjid oleh Encik Azhar Bin Ahmad (NIOSH). Pembentangan kedua pula disampaikan oleh Ts. Nor Mohd Razif bin Noraini (NIOSH) berkaitan Pengenalan Pengurusan Kualiti Udara Dalaman (IAQ) Di Masjid Dan Surau Bagi Mencegah Jangkitan Covid-19.

Peserta yang menghadiri webinar ini terdiri dari pegawai masjid dan surau serta Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) seluruh Malaysia. Mereka mengambil peluang dengan sebaiknya sepanjang webinar berlangsung dengan mengutarakan pelbagai persoalan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di masjid terjamin kualitinya. Webinar berakhir sekitar jam 12.15 tengah hari dengan penuh pengisian yang bermanfaat.

Webinar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Masjid 4

Webinar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Masjid 5

Webinar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Masjid 3

Webinar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Masjid 1
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 49
  • Yesterday 26
  • This Week 49
  • This Month 349
  • This Year 387