Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Peningkatan Kompetensi Fasilitator Kskcarecentre, Pusat Khidmat Keluarga, Sosial Dan Komuniti (PKKSK) Bagi Modul Kaunseling Syarie Tahap Pertengahan

PUTRAJAYA, 26-27 OGOS 2026 / 13-14 RABIULAWAL 1448H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan Kursus Peningkatan Kompetensi Fasilitator KSKCareCentre, Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) Bagi Modul Kaunseling Syarie Tahap Pertengahan secara dalam talian google meet. Kursus ini mendapat penyertaan seramai 120 orang peserta yang terdiri dalam kalangan fasilitator KSKCareCentre, Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) di bawah seliaan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Kursus dua hari ini diadakan bagi memberi pendedahan dan peningkatan ilmu kepada para fasilitator khususnya yang baharu dilantik berkaitan Modul Kaunseling Syarie. Para fasilitator berkepentingan untuk menguasai modul ini bagi memastikan setiap sesi khidmat nasihat yang dilaksanakan berasaskan kaedah yang telah disusun berpandukan modul tersebut.  

Perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang pakar dalam bidang masing-masing telah membuka minda para peserta dalam mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam proses memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada klien yang hadir di KSKCareCentre, PKKSK. Perkongsian ilmu kali ini memberi fokus kepada kaedah bimbingan melalui pendekatan Kaunseling Syarie antaranya proses dan etika kaunseling syarie, kemahiran memimpin soalan, kaedah-kaedah intervensi berasaskan psikospiritual, terapi al-quran dan terapi sirah.

Para penceramah jemputan adalah dari Persatuan Kaunseling Syarie (PAKSI)  dibawah penyelarasan Prof. Madya Dr. Md Noor bin Saper, Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Mereka juga terlibat secara langsung dalam membangunkan modul serta berada di lapangan memberi khidmat bimbingan di KSKCareCentre JAKIM.

Semoga ilmu yang diperolehi oleh peserta sepanjang kursus ini tidak berhenti sebagai pengetahuan, tetapi diterjemahkan menjadi amal, hikmah dan khidmat. Jadilah kaunselor/pembimbing yang bukan hanya membantu manusia menghadapi masalah, tetapi membantu mereka menemukan kembali kekuatan diri, ketenangan jiwa dan hubungan dengan Allah SWT.

 


Kursus_PKKSK_2026 01

Kursus_PKKSK_2026 02

Kursus_PKKSK_2026 03

Kursus_PKKSK_2026 04

Kursus_PKKSK_2026 05
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370