Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Webinar Asas Ilmu Tarannum

30 Jun 2021 - Dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan penguasaan tentang asas ilmu tarannum al-Quran terutamanya kepada para pelajar, Darul Quran melalui Jabatan Pengajian Umum dengan kerjasama Kelab Tarannum DQ telah menganjurkan Webinar Asas Ilmu Tarannum Al-Quran Tahun 2021. Webinar ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hasim Harun, mantan pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Bangi yang juga merupakan seorang qari yang pernah beberapa kali menjuarai Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

Webinar yang berlangsung dari jam 10:00 pagi dan tamat pada jam 1:00 tengah hari ini telah dibahagikan kepada tiga slot iaitu Pengenalan Ilmu Tarannum, Tarannum Bayyati (Teori & Praktikal) serta Tarannum Nahawand (Teori & Praktikal). Seramai 66 orang peserta terdiri daripada para pensyarah DQ serta para pelajar dari DQ dan Lokasi Tambahan DQ (LTDQ) telah menyertai webinar ini.

Webinar ini telah dirasmikan oleh Pengarah DQ, Ustaz Mohamad Kori Jusoh. Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana webinar ini telah berlangsung dengan lancar dan mengharapkan agar semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang telah disampaikan.

Webinar Asas Ilmu Tarannum 1

banyak lagi gambar di http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=456
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356