Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Wacana Prabicara dan Perbicaraan

Putrajaya, 13-15 September 2022: Melaksana keadilan adalah satu amanah besar yang dipikul oleh Pendakwa Syarie. Berbekalkan matlamat untuk memantapkan kemahiran Pendakwa Syarie dalam mengendalikan kes berkaitan kesalahan akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah berkolaborasi dalam menganjurkan Wacana Prabicara dan Perbicaraan: Kes Ajaran Sesat pada 13-15 September 2022 di Bahagian Latihan JKSM.

Perasmian telah disempurnakan oleh YAA Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie yang turut dihadiri Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah JAKIM. Dalam ucapannya, YAA Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar menyatakan harapan agar peserta dapat meningkatkan pengetahuan dalam sistem kehakiman syariah

Wacana ini menggabungkan teori dan latih amal perbicaraan simulasi (mock trial) dengan bimbingan Puan Noor Azizah binti Aling dan Puan Iznina Hanim binti Hashim, Timbalan Pendakwaraya Jabatan Peguam Negara.

xx orang Pendakwa Syarie dari seluruh Malaysia telah menyertai wacana ini dan mereka telah diberikan pendedahan dan latihan secara interaktif berkaitan tatacara pendakwaan kes-kes kesalahan akidah termasuklah ajaran sesat, penghinaan terhadap agama Islam dan kes-kes semasa yang banyak berlaku di media sosial.

Kerjasama penganjuran seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan penyelarasan antara pendakwaan dan penguatkuasaan serta pada masa yang sama menggalakkan penjimatan dalam penganjuran program antara jabatan.

Wacana Prabicara dan Perbicaraan 1

Wacana Prabicara dan Perbicaraan 2

Wacana Prabicara dan Perbicaraan 3
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 20
  • Yesterday 26
  • This Week 20
  • This Month 320
  • This Year 358