Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Wacana Hisbah Negara: Koreksi Pasukan Beruniform

Bahagian Dakwah dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP telah berjaya menganjurkan Wacana Hisbah Negara Pasukan Beruniform dan Agensi Penguatkuasaan 2017 bertempat di Auditorium Jakim, Kompleks Islam Putrajaya pada 27 November 2017. Wacana ini telah dirasmikan penutupannya oleh YBhg Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jakim. Turut hadir YBhg Tuan Haji Mazlan bin Abdullah, Pengarah Bahagian Dakwah dan Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah.

Wacana ini telah dihadiri seramai lebih 300 orang peserta pelbagai gred dan skim jawatan yang mewakili beberapa pasukan beruniform dan agensi penguatkuasaan di negara kita seperti ATM, PDRM, APMM, KASTAM, JPJ, DBKL, MPS, MPKJ, KPDNKK, Jabatan Penjara Malaysia dan JAWI. Antara pengisian wacana ini ialah;

 

Ceramah

Tajuk: Suci Jiwa, Suci Harta

Oleh: YBhg Datuk Haji Che Mat bin Che Ali, Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ)

 

Forum

Tajuk  : Hisbah Negara

Panel 1 : YBrs Prof. Madya Dr. Syarifah Hayaati bt Syed Ismail, Pensyarah Kanan UM

Panel 2 : YBrs Encik Nik Sukiman bin Nik Yusuf, Penguasa Kanan SPRM

Moderator : YBrs Ustaz Mohammad Hairiri bin Mohamad Daud, Penolong Pengarah Unit Indeks Syariah, Jakim

 

Bicara Mufti

Tajuk:  Ihsan Dalam Kerjaya 

Oleh: YBhg SS Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan

 

Wacana yang dianjurkan ini diharap berjaya mencapai objektifnya yang utama iaitu mendedahkan pengetahuan tentang konsep hisbah dalam Islam dan pentadbiran negara, agar ia menjadi panduan kepada anggota pasukan beruniform dan penguatkuasaan berlandaskan Islam.
 
Wacana Hisbah2017 1
 
Wacana Hisbah2017 2
 
Wacana Hisbah2017 4
 
Wacana Hisbah2017 3
 
Wacana Hisbah2017 5
 
Wacana Hisbah2017 6
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370