Berita
Wacana Hadith Nabawi 2017
Wacana Hadith Nabawi dengan tema “Hadith Dihayati Ummah Diberkati” telah diadakan pada 6 Februari 2017 (Isnin) bertempat di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya. Wacana tersebut telah dirasmikan oleh YB Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mewakili YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Objektif Wacana adalah untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan hadith sebagai sumber perundangan kedua selepas al-Quran serta memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai ideologi dan fahaman yang menjurus kepada salah faham terhadap hadith dan mengembleng tenaga dan usaha dalam kalangan masyarakat dan pihak berkuasa agama negeri bagi membetulkan kekeliruan terhadap kesalah fahaman hadith.
Antara tajuk yang dibentangkan adalah seperti berikut:
- “Hadith Palsu dan Cabarannya Ke Atas Umat Islam” yang dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Mohd. Amin, Pensyarah daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
- “Sejarah Gerakan Anti- Hadith semasa di Malaysia dan Global” oleh Dr. Fauzi bin Deraman, Pensyarah daripada Universiti Malaya (UM).
- “Salah Faham terhadap Makna Hadith dan Kesannya kepada Umat Islam” oleh Dr. Faisal bin Ahmad Shah, Pensyarah daripada Umiversiti Malaya (UM).
Wacana tersebut telah dihadiri seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, agensi-agensi di bawah YB Menteri, JAKIM, Kader Jakim, MAIN/ JAIN, agensi swasta, NGO dan juga pelajar IPTA/IPTS.














Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 18
- Yesterday 26
- This Week 18
- This Month 318
- This Year 356