Berita
Undang-Undang Keluarga Islam Perlu Sentiasa Memenuhi Keperluan Dan Mendepani Cabaran Semasa
Putrajaya, 2 Julai 2026 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Perundangan Syariah telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kaedah-Kaedah Pentadbiran Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Faraid Bil. 3 Tahun 2026 pada 1 hingga 2 Julai 2026 bertempat di Kompleks Islam Putrajaya.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Ahmad Hidayat bin Buang, Profesor Kehormat Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Turut hadir YBrs. Dr Mohd. Zamro bin Muda, Pensyarah Kanan merangkap Timbalan Dekan (Prasiswazah & Alumni), Jabatan Syariah dan Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beliau merupakan pakar rujuk dalam bidang Undang-undang Harta dan Pentadbiran Islam (Faraid, Wasiat, Pusaka dan Hibah). Selain itu Mesyuarat juga disertai oleh wakil dari Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Selangor.
Mesyuarat telah membincang, menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap Akta/ Enakmen Keluarga Islam Negeri sedia ada. Selaras dengan dinamika prosedur undang-undang, teknologi, dan pembangunan maklumat, pindaan terhadap Rang Undang-Undang Keluarga Islam amat perlu dilaksanakan demi mendepani cabaran semasa dan akan datang.


Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 18
- Yesterday 26
- This Week 18
- This Month 318
- This Year 356