Berita
Undang-Undang Keluarga Islam Perlu Sentiasa Memenuhi Keperluan Dan Mendepani Cabaran Semasa
Putrajaya, 15 Jun 2026 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Perundangan Syariah telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) Bil. 2 bertempat di Bilik Mesyuarat ar-Rasyid, Kompleks Islam Putrajaya.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awal dan dihadiri oleh wakil dari Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.
Pelaksanaan mesyuarat ini bagi membincang, menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap Akta/ Enakmen Keluarga Islam Negeri sedia ada. Selaras dengan dinamika prosedur undang-undang, teknologi, dan pembangunan maklumat, pindaan terhadap Rang Undang-Undang Keluarga Islam amat perlu dilaksanakan demi mendepani cabaran semasa dan akan datang.



Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 18
- Yesterday 26
- This Week 18
- This Month 318
- This Year 356