Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bacaan Kali Yang Kedua Dan Ketiga RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 Dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 Di Dewan Negara

Dewan Negara pada 19 Disember 2024 telah meluluskan RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.

YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah membentangkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga RUU tersebut sebelum dibahas dan diluluskan oleh Dewan Negara.

Kejayaan kedua-dua RUU tersebut adalah hasil komitmen dan kerjasama pelbagai agensi termasuklah JAKIM, JKSM, MAIWP, JAWI, JAPENSWP, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Peguam Negara dan JAWHAR.

Kejayaan pembentangan kedua-dua RUU tersebut menunjukkan usaha dan komitmen Kerajaan yang berterusan dalam memantapkan pengurusan hal ehwal Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan dan merupakan kejayaan bagi agensi agama di bawah kepimpinan YB Menteri (Hal Ehwal Agama).

WhatsApp Image 2024 12 19 at 16.14.25

22

11
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356