Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026
Berita
Taklimat Pengurusan Standard Operating Procedure (SOP) Pelaksanaan UPKK Daerah Bachok Kelantan Tahun 2022
Pada 2 November 2022, Taklimat Pengurusan Standard Operating Procedure (SOP) Pelaksanaan UPKK Daerah Bachok Kelantan Tahun 2022 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Badak, Bachok, Kelantan. Bengkel anjuran Unit KAFA Daerah Bachok, SPKK, Bahagian Pendidikan JAKIM diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai memberi pendedahan dan maklumat SOP UPKK 2022 bagi melicinkan perlaksanaan peperiksaan khususnya di daerah Bachok, Kelantan.
Taklimat ini telah dihadiri oleh peserta 34 orang Ketua Pengawas UPKK 2022 (guru KAFA tulen) Daerah Bachok. taklimat yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pukul 12 tengah hari.
Diharapkan bengkel yang dijalankan ini dapat menyediakan ketua pengawas peperiksaan UPKK agar lebih jelas dengan pelaksanaan UPKK 2022 di Daerah Bachok, Kelantan.
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.