Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM-YWM Menyantuni Asnaf Atau B40 Di Kelantan

16 September 2021, Khamis - Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM merangkap Setiausaha Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM-YWM (TMC19) mewakili Ahli Jawatankuasa TMC19 pada pagi ini menyantuni golongan asnaf atau B40 dalam suatu majlis ringkas simbolik penyampaian sumbangan musa'adah bertempat di Masjid Mukim Panchor yang dianjurkan bersama pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Hadir menerima sumbangan musa'adah berjumlah RM20,000.00 iaitu Puan Syarifah Halawiah binti Syed Adnan, Setiausaha Persatuan Rakan Komuniti Kota Bharu bagi membantu 250 keluarga terkesan PKPD di Kg. Tok Sadang, Pengkalan Chepa. Turut menerima sumbangan musa'adah berjumlah RM2,000.00 iaitu Tuan Haji Mohd. Rasdi bin Haji Mustaffar, Pengerusi Kelab Komuniti Masjid Panji untuk program bantuan kepada anak kariah yang terkesan Covid19.

Bahagian Dakwah JAKIM merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Murtadha bin Haji Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK mewakili Timbalan Yang Dipertua MAIK, Ustaz Mohd. Saidi bin Ab Hamid, Pegawai Takmir Negeri Kelantan, Ustaz Azmi bin Mat Nor, Imam Tua Masjid Mukim Panchor Kemuming dan Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Jajahan (PPMJ) di atas kerjasama menjayakan majlis ringkas simbolik penyerahan sumbangan musa'adah tersebut.


Tabung Musaadah Covid 19 JAKIM YWM B40 Di Kelantan 1


Tabung Musaadah Covid 19 JAKIM YWM B40 Di Kelantan 2


Tabung Musaadah Covid 19 JAKIM YWM B40 Di Kelantan 4

Tabung Musaadah Covid 19 JAKIM YWM B40 Di Kelantan 6

Tabung Musaadah Covid 19 JAKIM YWM B40 Di Kelantan 7

Tabung Musaadah Covid 19 JAKIM YWM B40 Di Kelantan 8

Tabung Musaadah Covid 19 JAKIM YWM B40 Di Kelantan 9

Tabung Musaadah Covid 19 JAKIM YWM B40 Di Kelantan 10
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357