Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Sumbangan Kecemasan Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM-YWM Kepada Mangsa Banjir Kepala Air Di Yan Dan Kuala Muda, Kedah

19 Ogos 2021, Khamis - JAKIM pada hari ini turun padang menyalurkan Sumbangan Kecemasan Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM-YWM kepada mangsa banjir kepala air di Yan dan Kuala Muda, Kedah. Sumbangan berjumlah RM10,000.00 disampaikan oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM kepada Encik Mohd. Akmal bin Azimi, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) yang mewakili Pegawai Daerah di Pejabat Daerah Dan Tanah Yan Kedah, manakala sumbangan RM5,000.00 disampaikan oleh Tuan Haji Ruslan kepada Tuan Syeikh Zakaria, KPE LZK untuk disampaikan kepada mangsa banjir di Kuala Muda, Kedah.

Hadir sama menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada mangsa banjir di Yan, iaitu Puan Parihah binti Hasan, Pengarah Kanan Ibu Pejabat YaPEIM, Kuala Lumpur.

JAKIM dan YaPEIM antara agensi kerajaan yang mula-mula sampai menyantuni mangsa-mangsa yang ditimpa musibah, dengan kerjasama Lembaga Zakat Kedah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Pegawai Takmir Kedah dan Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) Kedah.

Sumbangan Kecemasan Tabung Musaadah Kepada Mangsa Banjir Kepala Air di Kedah 1

Sumbangan Kecemasan Tabung Musaadah Kepada Mangsa Banjir Kepala Air di Kedah 2

Sumbangan Kecemasan Tabung Musaadah Kepada Mangsa Banjir Kepala Air di Kedah 3

Sumbangan Kecemasan Tabung Musaadah Kepada Mangsa Banjir Kepala Air di Kedah 4

Sumbangan Kecemasan Tabung Musaadah Kepada Mangsa Banjir Kepala Air di Kedah 5

Sumbangan Kecemasan Tabung Musaadah Kepada Mangsa Banjir Kepala Air di Kedah 6
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356