Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Sijil Tinggi Kaunseling Syarie & Pengurusan Runding Cara Kekeluargaan Islam (Tahap 3)

Bangi, 13 Julai 2018 – Kluster Pembangunan Keluarga dan Undang-Undang, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Sijil Tinggi Kaunseling Syarie & Pengurusan Runding Cara Kekeluargaan Islam (Tahap 3) pada 10 hingga 13 Julai 2018 bertempat di ILIM, Bangi.  Kursus ini merupakan lanjutan kepada siri sebelum ini yang terbuka kepada Pegawai Hal Ehwal Islam dan Pegawai Runding Cara.

Siri pada kali ini memfokuskan kepada elemen berikut :

  • Pengurusan Stress Menurut Islam
  • Isu dan Konflik dalam Rumahtangga serta Kaedah Penyelesaian
  • Teori dan Pendekatan Kaunseling Menurut  Imam Al-Ghazali
  • Pengurusan Anak-Anak Menurut Perspektif Islam
  • Isu Komunikasi Rumahtangga dari Perspektif Kaunseling Syarie
  • Kemahiran Kaunseling Syarie

Kursus yang berlangsung selama 4 hari ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kaunseling syarie dan pengurusan rundingcara kekeluargaan Islam di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dan serta melibatkan peserta berkaitan teori dan pendekatan kaunseling syarie serta pengurusan rundingcara kekeluargaan Islam yang merangkumi aspek fiqh munakahat, undang-undang kekeluargaan Islam dan pengurusan nikah, cerai dan rujuk.

Penceramah jemputan yang berpengalaman mengendalikan kursus pada siri ini seperti Kaunselor Berdaftar merangkap Ketua Penolong Pengarah (Perkhidmatan Kaunseling/Psikologi), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, CR Siti Hasiah Jusoh, Pensyarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr.Mohd Noor Saper, Pensyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah dan 2 orang penceramah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Dr. Abdul Ghaffar Surip dan Hajah Adawiah Lias.

Semoga kursus ini berupaya meningkatkan kemahiran peserta dalam mengaplikasikan teknik-teknik kaunseling syarie dan menguruskan sesi rundingcara kekeluargaan Islam dengan lebih berkesan.

st kaunseling1

st kaunseling2

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 49
  • Yesterday 26
  • This Week 49
  • This Month 349
  • This Year 387