Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama YaPEIM

Putrajaya – 22 Februari 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah mengadakan Sesi Libat Urus Maqasid Syariah kepada Pegawai-Pegawai YaPEIM

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah tersebut telah dikendalikan oleh Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, Ustazah Nor Safina bt. Zainal secara atas talian melalui aplikasi zoom. Program tersebut telah disertai oleh 58 orang pegawai-pegawai YaPIEM termasuk pihak pengurusan tertinggi iaitu Pemangku Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah Kanan YaPEIM serta pengurus-pengurus YaPIEM di negeri-negeri. Program berlangsung selama 2 jam bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi penjelasan kepada semua peserta tentang tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah dan pelaksanaan I~MaqSD.

Diharapkan sesi libat urus ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada semua peserta dalam melaksanakan fungsi-fungsi agensi selaras dengan prinsip Maqasid Syariah.

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama YaPEIM 1

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama YaPEIM 2

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama YaPEIM 3

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama YaPEIM 4
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 49
  • Yesterday 26
  • This Week 49
  • This Month 349
  • This Year 387