Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Sesi Libat Urus Bersama Ketua Unit Agama Institusi Penjara Seluruh Malaysia

Kajang , 26 Februari 2025 (Rabu), 09.30 pagi bertempat di Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM), Kompleks Penjara Kajang, Selangor telah diadakan Sesi Libat Urus Pengajian Al-Quran dan Ramah Mesra bersama Ketua Unit Agama Institusi Penjara Seluruh Malaysia.

YBrs. Dr Zamil Mohd Bin Bahall, Timbalan Pengarah (Agama) Bahagian Agama dan Kaunseling Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) telah menyambut deligasi JAKIM yang diketuai oleh Ustaz Mohd Zaini Ramli, KPP BDKI JAKIM.

Sesi libat urus ini telah disertai oleh 60 orang Ketua Unit Agama (Pegawai Kader JAKIM) daripada penjara seluruh Malaysia. Ia memberi kesempatan kepada pegawai Kader JAKIM untuk berkongsi maklumat, pengalaman dan menyelaras isu-isu pengurusan kader di institusi penjara. Maklumat ini akan diangkat ke Pengurusan Tertinggi JAKIM bagi tujuan melaksanakan penambahbaikkan bagi tujuan meningkatkan profesionalisme perkhidmatan kader JAKIM khususnya di institusi penjara seluruh negara.


Sesi Libat Urus Bersama Ketua Unit Agama Institusi Penjara Seluruh Malaysia 01

Sesi Libat Urus Bersama Ketua Unit Agama Institusi Penjara Seluruh Malaysia 02

Sesi Libat Urus Bersama Ketua Unit Agama Institusi Penjara Seluruh Malaysia 03

Sesi Libat Urus Bersama Ketua Unit Agama Institusi Penjara Seluruh Malaysia 04
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356