Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Seminar Yakini Halal Malaysia 2016

Mencari yang halal adalah wajib bagi setiap umat Islam. Sebagai usaha berterusan dalam menyebarkan maklumat serta perkembangan isu-isu semasa berkaitan dengan Pensijilan Halal Malaysia kepada masyarakat, Jakim melalui  Bahagian Hab Halal, dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mengadakan Seminar Yakini Halal Malaysia 2016 pada 5 April 2016 (Selasa)  bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Negeri Sembilan.
 
Seminar yang dihadiri oleh 550 orang peserta ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj. Abu Ubaidah Bin Dato’ Hj. Redza, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi Dan Kepenggunaan.
 
Antara fokus utama program ini adalah untuk menyampaikan masej dan penjelasan isu halal di samping meningkatkan keyakinan pengguna atau masyarakat terhadap logo dan pensijilan halal Malaysia.
 
Pengisian seminar ini bermula dengan pembentangan kertas kerja pertama oleh Y.Bhg Ustazah Zuraini binti Yahaya, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JHEAINS dengan tajuknya Pensijilan Halal: Pengalaman JHEAINS dan diikuti dengan pembentangan kertas kerja kedua oleh Y.Bhg Ustaz Muhamad Naim bin Abd Aziz, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal Jakim dengan tajuk Viral Halal: Sejauh Mana Kebenarannya.
 
Selepas selesai upacara perasmian seminar, berlansung pula progam bual bicara halal “Jom Pengguna! Yakinilah Halal Malaysia bersama Dr. Mohd Izhar Arif (UKM) dan Ustaz Amri bin Abdullah (Jakim) mengupas isu-isu berkaitan kepentingan Pensijilan Halal Malaysia.
 
Semoga program ini memberi kesedaran kepada pengguna dalam menilai kesahihan maklumat yang diterima dan manafaat yang berterusan kepada masyarakat dalam mengekalkan ekosistem halal yang diyakini
 
Seminar Yakini Halal Malaysia 2016 1
 
Seminar Yakini Halal Malaysia 2016 2
 
Seminar Yakini Halal Malaysia 2016 3
 
Seminar Yakini Halal Malaysia 2016 4
 
Seminar Yakini Halal Malaysia 2016 5
 
Seminar Yakini Halal Malaysia 2016 6
 
Seminar Yakini Halal Malaysia 2016 7
 
Seminar Yakini Halal Malaysia 2016 8
 
Seminar Yakini Halal Malaysia 2016 9
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370