Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026
Berita
RM1.5 juta Sumbangan Bank Rakyat Untuk Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM
YB Senator Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di JPM pagi ini telah menerima sumbangan dari Bank Rakyat bernilai RM1.5 juta bagi mengisi Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Dato' Rosman Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat.
Turut hadir Puan Hajah Hakimah binti Mohd. Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh, yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, serta wakil-wakil dari MAIWP.
Diharapkan semoga sumbangan ini dapat membantu masyarakat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilanjutkan hingga 14 April 2020 kerana wabak covid-19.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan ke Tabung Musa'adah Covid-19 Jakim bolehlah salurkan ke JAKIM melalui akaun Tabung Bencana, Bank Islam Malaysia Berhad, No Akaun: 16027010001528
#musaadahcovid19
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.