Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Rakaman KAFA d'Hijrah Musim Ketiga

Bahagian Pendidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mengadakan Rakaman KAFA d’hijrah Musim Ketiga.

Rakaman ini telah bermula pada 14/01/2022 yang bertempat di studio rakaman TV Al-Hijrah. Melalui rakaman ini dapat memanfaatkan medium pelaksanaan PDPR KAFA melalui media yang telah ditetapkan. Program rakaman ini akan berlangsung sehingga bulan Mac. Tarikh tayangan KAFA D' Hijrah akan bermula pada 31 Januari 2022 jam 4.30 petang di TV Al-Hijrah. Tayangan akan berlansung setiap hari Isnin dan Selasa sehingga penghujung bulan Mei 2022 sebanyak 36 episod.

Antara peserta yang terlibat adalah Guru KAFA sebagai penyampai dan Mentor dari sekolah agama atau KAFA. Selain itu, pegawai dari agensi yang terlibat sebagai fasi dan pengiring 12 penyampai untuk 6 subjek. 1 subjek di sampaikan oleh 2 orang Guru KAFA. Seorang untuk tahap 1 (1/2/3) dan seorang lagi untuk tahap 2 (4/5/6) dengan menggunakan kurikulum KAFA JAKIM 2.0 manakala 12 orang Mentor pula dipilih dari sekolah rendah agama atau dari KAFA juga. 2 Mentor dipilih untuk 1 subjek dan menyelia serta membimbing para penyampai sebelum dan semasa sesi rakaman diadakan. Turut dihadiri juga Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Pengarah Bahagian Pendidikan, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan.

Rakaman KAFA dHijrah Musim Ketiga 1

Rakaman KAFA dHijrah Musim Ketiga 2

Rakaman KAFA dHijrah Musim Ketiga 3

Rakaman KAFA dHijrah Musim Ketiga 4

Rakaman KAFA dHijrah Musim Ketiga 5

Rakaman KAFA dHijrah Musim Ketiga 6

Rakaman KAFA dHijrah Musim Ketiga 7

Rakaman KAFA dHijrah Musim Ketiga 8
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370