Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan

7 Mac 2023 - Pusat Islam Darul Quran JAKIM dengan kerjasama Lajnah Dakwah Dan Rohani PERKEMAT Darul Quran telah menganjurkan ceramah "Ramadan: Bulan Perubahan dan Perjuangan" bagi menyambut kedatangan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Ulama' Al Juwaini, al-Fadil Ustaz Ahmad Syamil bin Md Esa dan telah dihadiri oleh para pelajar Darul Quran.

Penceramah telah berkongsi berkenaan kemuliaan dan fadilat al-Quran yang mana merupakan rahmat terbesar daripada Allah SWT buat sekalian alam. Firman Allah Taala :

?????? ??? ??? ??????? ???

Maksudnya:

"(Allah) Yang Maha Pengasih (1). 

Yang telah mengajarkan al-Quran (2)."

Selain itu, penceramah juga menekankan tentang pentingnya penyucian jiwa serta hasil yang dapat kita perolehi sepanjang menjalani tarbiah Ramadan bagi mencapai "??? ????" dan "??? ??????".

Semoga bulan Ramadan kali ini menjadi madrasah ruhiyyah buat kita semua dalam memperbaiki serta menguatkan hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta.

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 1 1

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 2

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 3

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 4

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 5

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 6

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 7

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 8

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 9























Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356