Berita
Projek Mudik ke Hulu Sarawak 2017 - Kampung Rancah-Rancah, Bekenu, Miri, Sarawak
“Projek Mudik Ke Hulu merupakan salah satu daripada tujuh (7) projek/ program/ aktiviti dakwah yang dirancang dan menjadi komitmen Sekretariat Dakwah Korporat Jakim (SDK Jakim) untuk dilaksanakan pada tahun 2017. Merupakan projek baru yang diilhamkan hasil daripada kehendak dan keperluan kerajaan untuk menjadikan tahun 2017 sebagai Year Of Delivery.Projek ini merupakan rangkaian komitmen/ anjuran bersama 8 buah agensi/ syarikat yang terdiri daripada 6 buah syarikat yang bernaung di bawah SDK Jakim iaitu PETRONAS, TM, BMMB, Bank Rakyat, RHB Islamic dan TV Al-Hijrah dengan kerjasama Yayasan Taqwa dan Majlis Dakwah Negara, YADIM. Dijayakan pada 22 – 24 Julai 2017 di Miri, Sarawak.
Matlamat projek adalah untuk membantu kerajaan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Islam yang memerlukan di kawasan pedalaman yang terpilih berasaskan konsep ‘murah, cepat dan berimpak tinggi’ selaras dengan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) agar manfaat dapat dikembalikan semula kepada masyarakat di samping menyumbang kepada usaha-usaha menegakkan syiar Islam.”
(Latar belakang dan Matlamat Projek, Kertas Cadangan Projek, 10 April 2017)
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 20
- Yesterday 26
- This Week 20
- This Month 320
- This Year 358