Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Program Rakan Setia Komuniti Klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pahang

KUANTAN, 25 - 27 OKTOBER 2024 – Bertempat di Hotel Seri Malaysia Kuantan, Pahang telah berlangsung dengan jayanya Progran Rakan Setia Komuniti Klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pahang. Program dihadiri oleh seramai 46 orang peserta dalam kalangan klien AADK seluruh Daerah Negeri Pahang yang berada di bawah perintah tempoh pengawasan.

Program ini merupakan anjuran Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM dengan kerjasama erat Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Negeri Pahang yang dikendalikan oleh Smart Triple IQ Consultant yang dilantik oleh pihak JAKIM. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam padat dengan aktiviti - aktiviti kerohanian dan ibrah melalui slot-slot interaktif bagi menarik minat peserta. Peserta juga mengikuti slot Terapi Solat dan Zikir serta slot Rawatan Diri melalui 'Ilaj Syarie yang disampaikan oleh Us. Abdul Halim bin Zakaria, fasilitator KSKCC JAKIM yang juga pengamal perubatan Islam. Peserta juga mendirikan solat secara berjemaah dan qimuallail semasa program ini berlangsung.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh YBrs. Pn. Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM. Turut hadir menyempurnakan majlis perasmian ialah YBrs. Puan Zirwatul Ahlam binnti Zamzam, Pengarah AADK Negeri Pahang. Semoga program ini dapat membantu kepulihan Klien AADK khususnya di Negeri Pahang.

AADK 01

AADK 02

AADK 03

AADK 05

AADK 06

AADK 07

AADK 08

AADK 09




Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 40
  • Yesterday 26
  • This Week 40
  • This Month 340
  • This Year 378