Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Program Pengajian Kitab Turath Bidang Fekah

Bangi, 24 Ogos - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Program Pengajian Kitab Turath Bidang Fekah pada 24 Ogos 2021, jam 8.30 pagi sehingga 10.00 pagi melalui platform Google Meet. Sejumlah 64 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi-agensi Agama di bawah Pejabat YB Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri.

Objektif program ini diadakan bagi melahirkan pakar rujuk dalam kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, di samping mengetengahkan pegawai hal ehwal Islam yang berkepakaran dalam tiga (3) bidang iaitu Akidah, Syariah dan Tassawuf melalui pembelajaran kitab-kitab turath. Menerusi siri bulanan Kelas Pengajian Kitab Turath Bidang Fekah, pembelajaran berdasarkan bacaan teks, huraian dan perbincangan serta soal jawab dibimbingi oleh YBhg. Sahibus Samahah Dato’ Dr. Hj Anhar Bin Hj Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor sebagai penceramah program, dengan merujuk kepada Kitab al-Mu’tamad Fi al-Fiqh Al-Syafi’i (Jilid 1) karangan Prof. Dr. Muhammad al-Zuhaili.

Semoga siri kelas pengajian ini dan siri-siri akan datang berjaya mencapai matlamatnya dalam meningkatkan penguasaan bidang ilmu fekah dalam kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam, serta melahirkan kepakaran yang mahir ilmu turath.

Program Pengajian Kitab Turath Bidang Fekah 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/862-program-pengajian-kitab-turath-bidang-fekah

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356