Berita
Program Peduli Outreach : Love & Care
AMPANG , 21 MEI 2023 - JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah melaksanakan Program Peduli Outreach : Love & Care dengan kerjasama Rumah Solehah, Ampang pada 21 Mei 2023 bersamaan 1 Zulkaedah 1444H.
Seramai 20 orang Sukarelawan Sosial Islam daripada mahasiswa/siswi Kolej Profesional Baitulmal KL dan lain-lain turun menyantuni komuniti Orang Dengan HIV/AIDS (ODHA) di Rumah Solehah.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi Gotong-Royong, Slot Perkongsian oleh YBrs. Matron Fadzilah binti Haji Abd Hamid selaku Exco Rumah Solehah, Sesi Ramah Mesra bersama penghuni dan juga Tahlil Ringkas serta Bacaan Yassin bersempena Hari Memperingati Bulan AIDS Sedunia.
Diharapkan aktiviti-aktiviti sukarelawan menyantuni komuniti ODHA ini dapat diteruskan secara konsisten di samping memberi ilmu dan pendedahan kepada sukarelawan dalam memahami perihal HIV/AIDS untuk disebarkan kepada masyarakat awam.




Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 18
- Yesterday 26
- This Week 18
- This Month 318
- This Year 356