Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Program MyInsaniah Siri III/2022 – Modul Citra Malaysia

BANGI: 5-7 Ogos 2022. Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Cawangan Dakwah Bil Hal telah berjaya menganjurkan Kursus MyInsaniah Modul Citra Malaysia Siri 3/2022 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi.

Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini disertai oleh pelajar-pelajar Darul Quran JAKIM seramai 47 orang, berumur 18 hingga 23 tahun. Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBrs. Ustaz Aminudin bin Mohamad, Pengarah Kanan ILIM Kampus Bangi.

Objektif Kursus MyInsaniah Citra Malaysia adalah untuk memperkasakan kecintaan kepada negara dalam diri generasi muda berdasarkan tuntutan agama Islam yang syumul, meningkatkan semangat perpaduan dan taat setia kepada negara serta untuk melahirkan generasi khaira ummah sebagai pemimpin masa hadapan.

Pengisian program ini terdiri daripada sesi dalam dewan dan aktiviti luar yang dimulai dengan sesi pecah bending (ice breaking), ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK) yang merangkumi aktiviti perbincangan kumpulan, rakaman video pendek, riadah bermodul, kuliah spontan, solat berjemaah dan qiyamullail bagi pemantapan rohani peserta.

MyInsaniah Siri 3 2022 1

MyInsaniah Siri 3 2022 2

MyInsaniah Siri 3 2022 3

MyInsaniah Siri 3 2022 4

MyInsaniah Siri 3 2022 5

MyInsaniah Siri 3 2022 6

MyInsaniah Siri 3 2022 7
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 30
  • Yesterday 26
  • This Week 30
  • This Month 330
  • This Year 368