Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Program Myinsaniah Siri 2/2023 (Modul Kepimpinan)

Kundasang, Sabah: Bahagian Dakwah, JAKIM melalui Cawangan Dakwah Bil Hal telah mengadakan Program MyInsaniah Siri 2/2023 (Modul Kepimpinan) pada 17 hingga 19 Mei 2023 (Rabu hingga Jumaat) di Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Kundasang. Program ini telah mengumpulkan pemimpin-pemimpin pelajar peringkat Diploma dan sijil Tahfiz dari Darul Quran dan 7 Lokasi Tambahan Darul Quran. Majlis Perasmian Penutup program telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, JAKIM.

Program ini telah menggariskan 3 objektif iaitu;
  1. Meningkatkan penghayatan Islam kepada golongan belia agar taat dan istiqomah dalam menyempurnakan tuntutan Islam sebagai al-Din dan al-Daulah; dan
  2. Membangun belia yang memiliki daya kepimpinan Islam berteraskan prinsip Ihsan dan Qawiyyul Amin sebagai persiapan untuk menjadi pemimpin masa depan negara;
  3. Melahirkan belia sebagai modal insan yang kompeten, berintegriti, berkualiti, berketerampilan, berdaya tahan dan memiliki jati diri yang kukuh melalui peningkatan kemahiran insaniah.
Pengisian Program ini telah dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator terlatih dari Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) dengan penyampaian ceramah berkaitan kepimpinan berteraskan konsep Qawiyyul Amin, slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) melalui sesi explorace yang menguji fizikal dan mental peserta menyelesaikan tugasan yang diberikan dan sesi latihan pengucapan awam spontan dalam slot kuliah singkat.

JAKIM berharap para peserta yang mengikuti program ini dapat meningkatkan tahap kepimpinan serta mengaplikasi segala ilmu dan latihan yang diberikan agar dapat menjadi pemimpin yang berkaliber dan berkarisma di institutsi masing-masing dan sebagai pemimpin muda yang bakal menjadi pelapis generasi kepimpinan masa hadapan dan peneraju kegemilangan negara.

Program Myinsaniah Siri 22023 Modul Kepimpinan1 min

Program Myinsaniah Siri 22023 Modul Kepimpinan2 min

Program Myinsaniah Siri 22023 Modul Kepimpinan3 min

Program Myinsaniah Siri 22023 Modul Kepimpinan4 min

Program Myinsaniah Siri 22023 Modul Kepimpinan5 min

Program Myinsaniah Siri 22023 Modul Kepimpinan6 min

Program Myinsaniah Siri 22023 Modul Kepimpinan7 min

Program Myinsaniah Siri 22023 Modul Kepimpinan8 min

Program Myinsaniah Siri 22023 Modul Kepimpinan9 min

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370