Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Program Muhadharah Murabbi Ummah Peringkat Negeri Selangor

Siri jelajah Muhadharah Murabbi Ummah (MMU) ke negeri-negeri seluruh Malaysia bagi tahun 2019 dimulakan dengan penganjuran Muhadharah Murabbi Ummah Peringkat Negeri Selangor, yang telah berlangsung pada 9 April 2019 bersamaan 3 Sya’ban 1440H, di Dewan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya Selangor.

Muhadharah Murabbi Ummah (MMU) yang dianjurkan oleh Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor ini telah dihadiri oleh 600 orang peserta yang terdiri daripada imam, bilal, siak, guru takmir, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA), Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) dan guru KAFA dari seluruh daerah di negeri Selangor. Bemula seawal jam 11:00 pagi, para peserta mendapat perkongsian ilmu daripada Al-Fadhil Ustaz Ali bin Muda, Pegawai Tugas-Tugas Khas 2, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan satu diskusi ilmiah yang bertajuk Rahmah : Rujukan Kepada Sumber-Sumber Asas Islam (Al-Quran dan Al-Sunnah) dengan kupasan yang amat menarik dan berkesan.

Acara perasmian telah dimulakan dengan sesi bacaan dan Tadabbur Al-Quran yang disampaikan oleh Encik Abdul Khair bin Jalil. Beliau merupakan Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor dan Peringkat Kebangsaan Tahun 2019. Dato’ Menteri Besar Selangor telah mewakilkan kepada YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, Pembantu Exco Pendidikan dan Agama Islam Negeri Selangor untuk merasmikan majlis ini. Turut hadir Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim,Pengarah JAIS, Dato’ Haris bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Dato’ Paimuzi bin Yahya, Timbalan Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar bin Haji Opir serta Timbalan Pengarah Operasi JAIS, Puan Salwana binti Ahmad Dahlan.
 
Program Muhadharah Murabbi Ummah Selangor 1
 
Program Muhadharah Murabbi Ummah Selangor 2
 
Program Muhadharah Murabbi Ummah Selangor 3
 
Program Muhadharah Murabbi Ummah Selangor 4
 
Program Muhadharah Murabbi Ummah Selangor 5
 
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356