Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Program Ihya' Ramadhan : Selembut Kasih Ramadhan Bersama Komuniti

 

Cyberjaya, 9 Jun 2018 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, Yayasan Ihtimam Malaysia, Yayasan Taqwa, Yayasan Restu, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Aids Malaysia dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadan: Selembut Kasih Ramadhan Bersama Komuniti sempena menyambut Ramadhan 1439H.

Program yang diadakan secara tahunan ini telah dirangka bertujuan untuk menyantuni komuniti dalam masyarakat seperti OHDA (Orang Hidup Dengan HIV/AIDS), Komuniti Lesbian Gay Biseksual dan Transeksual (LGBT), penghuni rumah perlindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan swasta di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor, klien-klien Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta remaja-remaja yang berhadapan dengan masalah sosial.

Program penyantunan berteraskan 'Ilaj wa Syifa' (merawat dan memulih) ini telah dilaksanakan secara strategik oleh Jakim melalui Bahagian Keluarga Sosial Komuniti dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan serta NGO dengan tujuan utama iaitu membantu dan memberi peluang kedua dan sinar baru kepada komuniti ini.

 

iftar 1.png

iftar 2 copy

 

iftar 3 copy

iftar 4 copy

iftar 5 copy

iftar 6 copy

iftar 7

iftar 8

iftar 9

iftar 10

iftar 11

iftar 15

iftar 20

iftar 21

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370