Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Produk “Anti Tiruan" Singgah ke BPH & MHM, JAKIM

PUTRAJAYA - Sekretariat Majlis Halal Malaysia dan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima kunjungan dari Syarikat NHK Spring Co. Ltd., Jepun bersama wakil syarikatnya di Malaysia, Premier Ascent Sdn Bhd pada 11 Mac 2019. Wakil syarikat dihadiri oleh Encik Atsushi Karashima dan Encik Atsushi Takahashi manakala wakil dari Premier Ascent Sdn. Bhd. ialah Encik Zamani Ahmad dan Puan Siti Fadillah M Yunas.

Kunjungan ini telah disambut oleh Encik Mohd Nasir Sulaiman dari Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM. Pihak syarikat memaklumkan kunjungan terbabit bertujuan untuk memperkenalkan produk "Trustgram" yang berupaya mengenalpasti status ketulenan produk yang dijual di pasaran. Produk tersebut berfungsi membantu pengeluar barangan berjenama, pihak berkuasa dan bank untuk menangani ancaman produk/logo tiruan di pasaran. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk mengesan kesahihan sesuatu logo halal yang terdapat pada produk.

Selain itu, pihak syarikat turut diberi pendedahan mengenai pensijilan halal Malaysia dan kepentingannya kepada masyarakat. Justeru, pihak syarikat berhasrat untuk bekerjasama dengan pihak berautoriti di negara ini khususnya JAKIM untuk membantu pengguna memudahkan penentuan kesahihan logo pada produk yang dipersijilkan halal.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

LAWATAN ANTI TIRUAN UTAMA 11032019

LAWATAN ANTI TIRUAN 2 11032019

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357