Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah,Cerai & Ruju’ (KPNCR) Seluruh Malaysia Kali Ke-51 Tahun 2025

23 – 24 September 2025 / 1 – 2 Rabiul Akhir 1447H / Hotel Bayview, Melaka
MELAKA | JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan program tahunan yang mengumpulkan seluruh Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ di Malaysia iaitu Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk (KPNCR) Seluruh Malaysia yang ke-51 Tahun 2025.

Persidangan KPNCR ini dipengerusikan oleh YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).

Persidangan ini menjadi platform penting untuk mendapatkan maklumat, membincangkan isu-isu serta penyelarasan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Dihadiri oleh para Ketua Pendaftar NCR dari seluruh negara, serta pegawai dan urus setia.

Dengan matlamat yang jelas, persidangan kali ini menggariskan agenda penting termasuk pembentangan empat (4) kertas makluman. Kertas-kertas tersebut ialah:

1. Tajuk : Kertas Makluman Pelaksanaan Program Lelaki Qawwam
     Oleh : Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM

2. Tajuk : Kertas Makluman Terhadap Penyelarasan Pelan-pelan Kementerian / Agensi di bawah Tindakan JAKIM Berhubungkait Nikah, Cerai dan Ruju’ {NCR).
     Oleh : Bahagian Dasar Kemajuan Islam, JAKIM

3. Tajuk : Kertas Makluman Mengenai Kemaskini Bahan Penceramah Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBPKI)
     Oleh : Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM

4. Tajuk : Kertas Makluman Berkaitan Isu-Isu Perkahwinan Islam dan Permohonan Taraf Kewarganegaraan
     Oleh : Bahagian Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Rosli Bin Abdullah Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka di dalam majlis perasmian dan makan malam Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk (KPNCR) Seluruh Malaysia yang ke-51 Tahun 2025. Turut hadir Bersama ialah YBhg. Datuk Md Azhan Bin Samat @ Limat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Yang Dihormati Tuan Shaifulfazlee Bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka serta pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Melaka.
.
#??????????????


Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Seluruh Malaysia Kali51 01

Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Seluruh Malaysia Kali51 02

Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Seluruh Malaysia Kali51 03

Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Seluruh Malaysia Kali51 04

Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Seluruh Malaysia Kali51 05

Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Seluruh Malaysia Kali51 06

Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Seluruh Malaysia Kali51 07

Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Seluruh Malaysia Kali51 08

Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Seluruh Malaysia Kali51 09
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356