Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam (PKJ) Seluruh Malaysia Ke-106

Putrajaya, 14 Syawal 1439H bersamaan 28 Jun 2017M, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengadakan Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam (PKJ) Seluruh Malaysia ke-106 di Dewan Syura B, Kompleks Islam Putrajaya (KIP), Putrajaya. Persidangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM. Turut serta Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah JAKIM dan Pengarah-Pengarah Bahagian di JAKIM. Persidangan ini juga dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia, wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Bantuan Guaman, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Bahagaian Agama dan Kaunseling (BAKA), PDRM dan beberapa agensi di bawah Menteri Di JPM.
 
Persidangan ini merupakan salah satu platform utama bagi menyelaras pelbagai isu-isu semasa hal ehwal Islam di peringkat kerajaan pusat dan negeri selain berkongsi idea, pandangan dan pengetahuan untuk memastikan setiap perancangan dan tindakan perkembangan Islam di negara ini berjalan lancar, bersepadu dan berkesan.
 
PKJ106 1
 
PKJ106 2
 
PKJ106 3
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357