Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Persidangan Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia (PKJ) Ke-100

Putrajaya, 11 Ogos 2016 bersamaan 8 Zulkaedah 1437H telah berlangsungnya Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia ke-100 di Head of States, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dan dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Persidangan Ke-100 yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM ini turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia, wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Bantuan Guaman, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Bahagaian Agama dan Kaunseling (BAKA), PDRM dan beberapa agensi di bawah Menteri di JPM. Turut serta dalam persidangan ini juga adalah Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah JAKIM dan Pengarah-Pengarah Bahagian di JAKIM.
 
Persidangan tiga (3) kali setahun yang telah diadakan sejak tahun 1975 ini merupakan salah satu platform utama bagi menyelaraskan pelbagai isu-isu semasa hal ehwal Islam di peringkat kerajaan pusat dan negeri di samping berkongsi idea, pandangan dan pengetahuan bagi memastikan setiap perancangan dan tindakan perkembangan Islam di negara ini berjalan lancar, bersepadu dan berkesan.
 
Sebanyak satu (1) kertas cadangan, tujuh (7) kertas makluman dan dua (2) kertas taklimat telah dibentangkan dan mendapat maklumbalas positif daripada semua pihak.
 
 
Persidangan Ketua Jabatan Majlis Agama Islam Ke 100 1
 
Persidangan Ketua Jabatan Majlis Agama Islam Ke 100 2
 
Persidangan Ketua Jabatan Majlis Agama Islam Ke 100 3
 
Persidangan Ketua Jabatan Majlis Agama Islam Ke 100 4
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370