Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Perjumpaan Antara YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dengan YB Menteri Pengangkutan Malaysia

Satu majlis perjumpaan antara YB Dato' Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dengan YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan telah diadakan pada 13 April 2016 bertempat di Pejabat Menteri Pengangkutan Malaysia. Perjumpaan ini  turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Saripuddin bin Hj. Kasim, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, Tan Sri Md. Nor bin Yusof, Pengerusi Sistem Penerbangan Malaysia  (MAS), Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Husin, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Ketua Pengarah Jakim dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim.
 
Tujuan perjumpaan adalah bagi membincangkan cadangan transformasi di dalam industri penerbangan negara yang membabitkan isu-isu syariah. Turut dibincangkan ialah sistem aplikasi MyMuwaqqit yang dihasilkan melalui kerjasama Persatuan Falak Syar’i Malaysia dan Jakim.
 
MyMuwaqqit ialah perisian waktu solat yang direka berdasarkan laluan penerbangan dan koordinat kapal terbang dan diharapkan agar perisian ini dimasukkan ke dalam Inflight Entertainment System yang ada dalam setiap kapal terbang. Perisian ini membolehkan penumpang merujuk waktu solat semasa penerbangan dan mereka dapat melaksanakan solat semasa penerbangan.
 
Adalah diharapkan perjumpaan ini menjadi pencetus kepada transformasi industri penerbangan di Malaysia.
 
jakim mot 1
 
jakim mot 2
 
jakim mot 3
 
jakim mot 4
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 43
  • Yesterday 26
  • This Week 43
  • This Month 343
  • This Year 381