Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Penyampaian Sumbangan Etiqa Takaful Kepada Surau As Syuhada Di Kampung Sungai Chiong Rps Banun, Gerik, Perak Sempena Program Ambang Ramadhan Bersama Masyarakat Orang Asli

11 -12 Mac 2023 (Sabtu - Ahad)

Majlis Penyampaian Sumbangan Etiqa Takaful kepada Surau As Syuhada di Kampung Sungai Chiong RPS Banun Gerik Perak telah berlangsung dengan jayanya dadn mendapat sambutan daripada penduduk setempat.

Dikesempatan ini, YBrs. Tuan Haji Ruslan Bin Said, Timb. Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM telah menyantuni masyarakat orang asli di Kampung Sungai Chiong RPS Banun, Gerik, Perak. Turut serta dalam program selama dua hari ni Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, Ahli SDK Jakim daripada Etika Dan Urus setia SDK JAKIM.

Program Ambang Ramadan bersama masyarakat orang asli kampung Chiong dan penyerahan surau Asy Syuahada Kg Sg Chiong ini telah sempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan Bin Said, Timnbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim. Surau ini dibina dengan kos RM175,000.00 hasil sumbangan dari Agensi di Bawah YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) iaitu Tabung Haji, YAPEIM, YADIM, Yayasan Waqaf Malaysia , Yayasan Taqwa MAIWP, serta Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM daripada Etiqa Takaful.

Program anjuran Bahagian Dakwah JAKIM mendapat kerjasama baik daripada JAIPk, MAIPk dan JAKOA yang diurus setiakan oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli Negeri Perak. Semoga dengan segala usaha yang telah dilaksanakan akan mendatangkan keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT.

Penyampaian Sumbangan Etiqa Takaful 1

Penyampaian Sumbangan Etiqa Takaful 2

Penyampaian Sumbangan Etiqa Takaful 3
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356