Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Pengurusan Wakaf

Bangi, 4 April 2018 – Penganjuran Kursus Pengurusan Wakaf oleh Kluster Ekonomi dan Pengurusan Halal, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) kepada pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam seluruh Malaysia telah diadakan pada 3 dan 4 April 2018 bertempat di Bilik Ibnu al-Baitar, ILIM, Bangi. 

Kursus ini dihadiri seramai 27 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan.  Objektif utama kursus ini untuk memberi pengetahuan mengenai pengurusan harta wakaf di Malaysia serta meningkatkan kemahiran dalam menguruskan harta wakaf dengan cekap dan sistematik berlandaskan syariah.

Kursus ini dikendalikan oleh beberapa orang penceramah iaitu Prof. Dr. Azman bin Abdul Rahman, Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Hajah Dalila Haji Daud, Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan, Kampus Seremban, Encik Mohd Hafiz bin Haji Fauzi, Ketua Jabatan Dakwah, Wakaf dan Zakat, Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Encik Mohd Faiz Reza Mohd Zakri, Penolong Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor.

Melalui pengisian kursus ini diharapkan dapat membentuk sikap keprihatinan terhadap penjagaan dan pembangunan harta wakaf sebagai aset kekal umat Islam.

wakaf1

wakaf2

wakaf3

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356