Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Pengurusan Masjid Secara Profesional

Bangi, 29 Mac 2018 - Dalam kerangka mengembalikan fungsi institusi masjid sebagai pengkalan utama pembangunan modal insan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Sains Dakwah dan Pengurusan Masjid telah menganjurkan Kursus Pengurusan dan Pengimarahan Masjid Strategik pada 28 dan 29 April 2018 bertempat di Bilik Ibnu Sina, Blok Akademik B, ILIM, Bangi.

Objektif penganjuran kursus ini adalah menjelaskan tentang peranan dan tanggungjawab pengurus masjid dan meningkatkan kefahaman serta kemahiran pengurusan pengimarahan masjid. Ia juga bermatlamat untuk meningkatkan keupayaan peserta dalam tadbir urus masjid dengan cekap dan menyeluruh.

Barisan penceramah yang terlibat dalam mengendalikan kursus ini adalah Prof. Madya Dr. Mohd Aderi Che Noh, Pensyarah Jabatan Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia, Ustaz Mohd Fadzil Abu Kasim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagiaj Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Ustaz Ruslan Ibrahim, Perunding Latihan Kanan, Institut Latihan Islam Malaysia.

Pengurusan masjid perlu mempunyai ilmu tadbir urus dalam menghadapi cabaran besar membangunkan masyarakat masa kini.

pengurusan masjid1

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356