Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Pengkaedahan Jawi Guru KAFA Hulu Terengganu Siri 2

Hulu Terengganu,1 – 2 Mac 2023 - Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama daripada Persatuan Guru KAFA Hulu Terengganu (PERKAT) telah menganjurkan Kursus Pengkaedahan Jawi Guru KAFA Hulu Terengganu Siri 2 yang diadakan di Dewan Pusat Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Kem Paya Besar, Kuala Terengganu.

Kursus selama dua hari itu di rasmikan oleh Pengerusi PERKAT Hulu Terengganu, Encik Mohd Radzali bin Jusoh disertai seramai 169 orang guru KAFA di seluruh daerah Hulu Terengganu yang dikendalikan oleh Ustaz Mansor bin Mohamad, Munsyi Dewan (Jawi).

Antara objektif kursus berkenaan adalah bertujuan meningkatkan keupayaan guru dalam pengkaedahan Jawi,mendorong guru lebih berkeyakinan serta dapat mendalami kemahiran yang lain dalam pengajaran dan pembelajaran.

Peserta kursus diberi penerangan berkaitan perkataan, sukukata terbuka dan tertutup, mengenal daftar kata, perkataan serapan asing, perkataan berimbuhan dan akronim serta penomboran. bengkel ini juga yang turut melibatkan seramai 5 orang fasilitator.

Semoga kursus ini meningkatkan lagi kreabiliti dan prestasi guru KAFA dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam subjek Jawi.

Pengkaedahan Jawi Guru KAFA Hulu Terengganu Siri 2 1

Pengkaedahan Jawi Guru KAFA Hulu Terengganu Siri 2 2

Pengkaedahan Jawi Guru KAFA Hulu Terengganu Siri 2 3

Pengkaedahan Jawi Guru KAFA Hulu Terengganu Siri 2 4
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356