Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Penghasilan Grafik Melalui Adobe Illustrator

Institut Latihan Islam Malaysia melalui Kluster Teknologi Maklumat (KTM) telah mengadakan Kursus Adobe Illustrator kepada kakitangan dari pelbagai Jabatan dan Kementerian di seluruh Malaysia. Seramai 25 orang peserta mengikuti kursus selama 3 hari yang diadakan pada 25 hingga 27 April 2017 bertempat di Bilik Multimedia, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Adobe Illustrator merupakan salah satu produk keluaran Adobe yang begitu popular dan sering kali digunakan dalam menghasilkan lukisan-lukisan vektor. Ia selalu digunakan oleh pereka-pereka grafik untuk menghasilkan lakaran-lakaran seperti gambar rajah, carta dan logo dan ia sangat berguna untuk penghasilan buku program, bunting, banner dan sebagainya.

Objektif kursus adalah untuk memberi pengetahuan mengenai cara mudah untuk menghasilkan ilustrasi grafik. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan kerja akhir ilustrasi grafik ke format-format yang sesuai di samping menjana idea kreatif dalam membangunkan grafik, web, percetakan dan persembahan multimedia.

Adobe Illustrator menggunakan persamaan matematik untuk melukis sesuatu bentuk tidak seperti fail-fail imej yang lain. Ini menjadikan grafik dalam bentuk vektor yang boleh diubah saiz dalam skala besar tanpa menjejaskan resolusi sesuatu imej itu menjadi pecah. Antara yang dipelajari dalam kursus ini adalah membuat poster, business card, buku aturcara dan flyers.

  

  

  

 

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370