Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Pemerkasaan Institusi Penguatkuasaan Syariah : BPPPS Dengan Kerjasama Bahagian Penguatkuasaan JHEAIK Laksanakan Program 3 Dalam 1

Kota Bharu, Kelantan, 14 hingga 16 Mac 2023, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) telah mengadakan program 3 dalam 1 di Kelantan yang melibatkan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama (KPPA) Seluruh Malaysia dan Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Kelantan.

Penganjuran program 3 dalam 1 tersebut selaras dengan Pelan Strategik Jakim 2019-2025, Teras 1 di bawah Strategi 2 iaitu memperkasa penyelarasan dan penyeragaman undang-undang Islam ke arah pelaksanaan syariat yang lebih berhikmah dengan meningkat ketelusan fungsi penguatkuasaan dan pendakwaan.

Program utama yang diatur adalah Mesyuarat Ketua-Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama (KPPA) Seluruh Malaysia Bil. 1/2023. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Husaini bin Mustafa tersebut telah disajikan dengan pembentangan 4 kertas cadangan bagi tujuan pemerkasaan institusi penguatkuasaan syariah dan 2 kertas makluman dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). KPPA JHEAINS telah sudi berkongsi pengalaman dalam penguatkuasaan kesalahan berkaitan akidah dan turut berkongsi pengalaman mengenai kajian peruntukan kesalahan jenayah syariah tidak menghormati Ramadhan.

Program kedua merupakan Program Konsultasi Bersama Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) Negeri Kelantan. Program Konsultasi yang bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada PPA berkaitan Kod Etika PPA dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Mengiringi Orang Yang Ditangkap ke Mahkamah atau Tempat Tahanan telah diadakan di Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan dengan penyertaan 50 orang Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri Kelantan.

Selain itu, pegawai BPPPS dan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri-Negeri turut merasai pengalaman pelaksanaan tindakan pencegahan dan operasi kesalahan jenayah Syariah khususnya bagi kesalahan mendedahkan aurat di tempat awam melalui program ke-3. Program Operasi yang diketuai oleh KPPA Negeri Kelantan tersebut telah diadakan di 3 lokasi terpilih yang mana salah satu tempatnya adalah di Pasaraya Mydin Tunjong. Risalah ’Auratku Maruahku, Aurat Dijaga Maruah Terpelihara’ telah diedarkan sebagai ingatan dan nasihat kepada pengunjung ’bertuah’.

BPPPS Kerjasama JHEAIK Laksanakan Program 3 Dalam 1 1

BPPPS Kerjasama JHEAIK Laksanakan Program 3 Dalam 1 2

BPPPS Kerjasama JHEAIK Laksanakan Program 3 Dalam 1 3

BPPPS Kerjasama JHEAIK Laksanakan Program 3 Dalam 1 4

BPPPS Kerjasama JHEAIK Laksanakan Program 3 Dalam 1 5

BPPPS Kerjasama JHEAIK Laksanakan Program 3 Dalam 1 6
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357