Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Pembangunan Modul Praperkahwinan Dan Pascaperkahwinan Islam Mesra OKU (Pendengaran)

PUTRAJAYA , 25-26 OKTOBER 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan bengkel bagi meneliti deraf kandungan Modul Kursus Praperkahwinan Islam dan Pascaperkahwinan Islam Mesra OKU (Pendengaran) yang telah dibangunkan melalui kajian penyelidikan yang diketuai oleh YBrs. Dr. Azizah binti Mohd Rapini, Timbalan Dekan (Akademik dan Pengantarabangsaan) Fakulti Undang-undang dan Syariah, Universiti Islam Selangor (UIS). Pembangunan kedua-dua modul ini berasaskan kepada Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) dan Modul Pascaperkahwinan Islam yang sedia ada di JAKIM dan telah dilaksanakan kepada masyarakat awam.Seramai 26 orang penggubal kedua-dua modul dari kalangan kakitangan JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit (AKPK) telah hadir menyumbang saran idea bagi meneliti, memperhalusi dan seterusnya memurnikan deraf kandungan modul tersebut.

YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah hadir menyampaikan aluan serta mengikuti bengkel yang diadakan. Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian KSK, Puan Noor Haliza binti Ali. Hasil perbincangan selama 2 hari ini telah dibentangkan dan akan dilaporkan kepada pihak penyelidik yang diketua YBrs. Dr. Azizah binti Mohd Rapini. JAKIM akan terus melaksanakan siri-siri perbincangan berikutnya sehingga ke peringkat pelaksanaan bersama Jabatan Agama Islam Negeri-negeri bagi tujuan penyelarasan dan usaha untuk memberi bimbingan kekeluargaan kepada komuniti OKU seluruhnya.

PASCAPERKAHWINAN ISLAM MESRA OKU 1

PASCAPERKAHWINAN ISLAM MESRA OKU 2

PASCAPERKAHWINAN ISLAM MESRA OKU 3

PASCAPERKAHWINAN ISLAM MESRA OKU 4

PASCAPERKAHWINAN ISLAM MESRA OKU 5

PASCAPERKAHWINAN ISLAM MESRA OKU 6

PASCAPERKAHWINAN ISLAM MESRA OKU 7
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370