Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Pembangunan Imam Professional

Bangi, 27 Februari 2018 - Pembangunan modal insan seseorang Imam amat penting dalam memastikan institusi masjid terus dihormati dan disegani. Justeru, Kluster Sains Dakwah dan Pengurusan Masjid, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Sijil Tinggi Profesionalisme Imam Tahap 1 bagi tahun 2018.

Kursus ini telah diadakan pada 27 Februari hingga 02 Mac 2018 bertempat di Bilik Ibnu Sina, Tingkat 1, Blok Akademik B, ILIM. Kursus ini memfokuskan pendedahan mengenai tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Imam yang profesional agar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dalam konteks seorang Imam dan melahirkan Imam yang berketrampilan serta mempunyai kemahiran yang pelbagai.

Barisan penceramah kali ini menampilkan personaliti yang berpengalaman dari ILIM, Jakim dan pensyarah IPTA antaranya Penolong Pengarah Kanan ILIM, Ustaz Ruslan Ibrahim, Ustazah Shukreyah Zawawi dan Ustaz Mohd Meeftah Anuar, Penolong Pengarah, Unit Indeks Syariah Jakim, Ustaz Mohd Hariri Daud, Pensyarah Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi. Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia Dr Zaida Nor Zainudin, Penolong Pengarah Kanan, Masjid Putra, Putrajaya, Ustaz Mohd Lukman Hosni Pengarah Rangkaian Media Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM/MCMC) dan Ustaz Mohamad Zamri Mohd Shapik.

Barisan penceramah ini mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing seperti personaliti dan  tugas Imam, kaunseling, komunikasi, penyampaian khutbah dan doa serta smart mosque. Adalah diharapkan semua peserta dapat memahami dan menguasai pengisian kursus pada kali ini sebagai bekalan semasa menjalankan tugas sebagai seorang Imam yang profesional.

stpi 1

stpi 2

stpi 3

stpi 4

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356