Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Pemantauan SOP Pembukaan Semula KAFA

Bersempena pembukaan semula Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) pada bulan Ogos 2020 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Bahagian Pendidikan telah melaksanakan pemantauan bersepadu pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pembukaan semula KAFA.

Pemantauan ini diadakan bagi memastikan KAFA dibuka semula dengan mematuhi garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Pemantauan melibatkan semua pegawai dan Penyelia KAFA Bahagian Pendidikan JAKIM dengan kerjasama pemegang taruh KAFA di negeri-negeri. Pemantauan ini melibatkan 33 buah sekolah KAFA di lapan negeri iaitu:

  1. Melaka (5 Ogos 2020) – 6 buah sekolah
  2. Negeri Sembilan (6 Ogos 2020) – 3 buah sekolah
  3. Selangor (6 Ogos 2020) – 3 buah sekolah
  4. Perak (18 Ogos) – 2 buah sekolah
  5. Pahang (19 Ogos 2020) – 3 buah sekolah
  6. Wilayah Persekutuan Labuan (17 – 19 Ogos 2020) – 6 buah sekolah
  7. Perlis (25 – 28 Ogos 2020) – 4 buah sekolah
  8. Sabah (25 – 28 Ogos 2020) – 6 buah sekolah

Secara keseluruhannya, tahap pematuhan SOP berada pada tahap amat memuaskan. Sekolah-sekolah telah memberi kerjasama dan berusaha dalam mematuhi SOP yang telah dikeluarkan. Bahagian Pendidikan berharap agar sekolah-sekolah KAFA terus mematuhi SOP dalam tempoh PKPP demi mengekang penuran wabak COVID-19. Bahagian Pendidikan juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pemegang taruh KAFA di negeri-negeri atas kerjasama erat yang diberikan sepanjang sesi pemantauan berlangsung.

semporna

Pengarah Bahagian Pendidikan, Tuan Haji Hashim bin Salleh membuat pemantauan sebuah sekolah di Semporna, Sabah.

 

labuan

Salah sebuah sekolah di Labuan.

 

melaka

Pemantauan di Melaka.

 

sabah

 Suasana sebuah sekolah yang dibuat pemantauan.

 

Sri al furqan Kangar Perlis

Sri al-furqan, Kangar Perlis.

 

WhatsApp Image 2020 09 07 at 1.05.37 PM 1

Salah sebuah sekolah swasta di Nilai Negeri Sembilan.

 

SAR Kg Sertik Bentong Pahang

SAR Kg Sertik, Bentong Pahang.

 

Bahagian Pendidikan
JAKIM
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370