Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Ke-14 (MIHAS) 2017

Bahagian Hab Halal, JAKIM telah menyertai pameran halal sempena berlangsungnya Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Ke-14 (MIHAS) 2017 pada  5 hingga 8 April 2017 bertempat di  Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

Perasmian MIHAS telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 5 April 2017.

Pameran ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkaitan halal dan mempromosikan pensijilan halal Malaysia serta memperkasakan penjenamaan halal Malaysia ke peringkat global.

MIHAS 2017 adalah anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) membabitkan penyertaan 580 pempamer dari 33 negara termasuk negara ASEAN, Palestin, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turki, Brazil, Afrika Selatan, China, Jepun dan Taiwan. Dianggarkan 25,000 pengunjung telah mengunjungi MIHAS yang disifatkan pameran dagangan halal terbesar dunia.

MIHAS G UTAMA 58 APRIL 2017

MIHAS 58 APRIL 2017 2

MIHAS 58 APRIL 2017 3

MIHAS 58 APRIL 2017 7

MIHAS 58 2017 4

MIHAS 58 APRIL 2017 5

MIHAS 58 APRIL 2017 6

 

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356