Berita
Oh! My English
Klinik asas Oh! My English kepada warga ILIM kini kembali. Menerusi Kluster Pendidikan dan Pengajian Bahasa, Institut Latihan Islam Malaysia telah menganjurkan program tersebut pada 08 Mei 2017 (Isnin) bertempat di Auditorium As-Syafie, Blok Akademik A, ILIM.
Program yang berlangsung selama 4 jam ini digunakan secara sepenuhnya oleh para peserta bagi meningkatkan tahap penguasaan dalam Bahasa Inggeris.
Pelbagai aktiviti diadakan yang boleh membantu peserta untuk memupuk kemahiran dan keyakinan diri untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Antaranya, sesi pengenalan diri menerusi nama panggilan dan definasi setiap huruf pada nama tersebut dan para peserta juga perlu menjawab 60 soalan bagi mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris masing-masing. Sesi perbincangan jawapan soalan tersebut juga mampu mengimbas kembali minda para peserta berkaitan pengunaan tatabahasa, kata sendi dan kata nama dengan betul.


Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 18
- Yesterday 26
- This Week 18
- This Month 318
- This Year 356