Berita
MOU Signing Ceremony Between KAZAI Innovative Solution and AFMAS Solutions on Halal Capacity Building For South Africa
Putrajaya, 11 Januari 2018 (Khamis), Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) telah membuka tirai tahun 2018 di Bahagian Hab Halal, Jakim.
Dalam usaha memartabatkan pembangunan modal insan dan professional halal di peringkat global maka Malaysia International Halal Academy (MIHA) JAKIM telah menyaksikan proses menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara salah satu Rakan Strategik MIHA, Kazai Innovative Solution dengan wakil dari Afrika Selatan, Afmas Solutions.
Majlis tersebut turut disaksikan oleh Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, YBhg. Dato' Dr Sirajudin bin Suhaimee dan delegasi dari Trade Commission Belgium, bertempat di ruang aktiviti, Aras 7, Bahagian Hab Halal.
Memorandum persefahaman (MoU) ini bertujuan untuk penyelarasan program kapasiti halal yang akan dilaksanakan oleh Kazai Inovative Solution dan Afmas Solution dengan kerjasama MIHA dalam pembangunan modal insan halal dan perkongsian kepakaran halal Malaysia di Afrika Selatan.
*Ikuti suasana sekitar majlis di:-
http://bit.ly/MoUKazaiAfmas
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar









Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 18
- Yesterday 26
- This Week 18
- This Month 318
- This Year 356