Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Mesyuarat Penyelarasan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM–IPT

16 April 2021 - Darul Quran telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-IPT Bil. 1/2021 di UNITEN Bangi. Mesyuarat penyelarasan ini telah dipengerusikan oleh Dr. Nordin Ahmad, Pengarah Kanan ILIM yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM. Mesyuarat ini melibatkan IPT-IPT yang bekerjasama dengan DQ dalam menjalankan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran.

Antara tujuan mesyuarat ini adalah untuk mengenal pasti mekanisme penyelarasan pengurusan bagi melaksanakan program pensijilan yang lebih efektif. Selain itu, menerusi mesyuarat ini juga diharap dapat merangka aktiviti untuk merapatkan hubungan antara DQ dengan institusi pendidikan berkaitan sama ada di peringkat pengurusan, pensyarah mahupun pelajar.

Antara wakil Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang hadir dalam mesyuarat ini ialah wakil dari International Islamic University Malaysia (IIUM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), University of Cyberjaya (UoC), Management and Science University (MSU), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

Sebanyak 10 kertas makluman telah dibentangkan dalam mesyuarat pada kali ini. Dua kertas makluman dari DQ dan lapan kertas makluman pelaksanaan program bagi melaporkan perkembangan pelaksanaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran yang sedang berjalan di setiap institusi.
 
Mesyuarat Penyelarasan Program Pensijilan Tahfiz Al Quran JAKIMIPT 1
 
Mesyuarat Penyelarasan Program Pensijilan Tahfiz Al Quran JAKIMIPT 2
 
Mesyuarat Penyelarasan Program Pensijilan Tahfiz Al Quran JAKIMIPT 3
 
Mesyuarat Penyelarasan Program Pensijilan Tahfiz Al Quran JAKIMIPT 4
 
Mesyuarat Penyelarasan Program Pensijilan Tahfiz Al Quran JAKIMIPT 5
 
Mesyuarat Penyelarasan Program Pensijilan Tahfiz Al Quran JAKIMIPT 6
 
Mesyuarat Penyelarasan Program Pensijilan Tahfiz Al Quran JAKIMIPT 7
 
Mesyuarat Penyelarasan Program Pensijilan Tahfiz Al Quran JAKIMIPT 8
 
Mesyuarat Penyelarasan Program Pensijilan Tahfiz Al Quran JAKIMIPT 9
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370